Air ketuban atau cairan amnion merupakan cairan yang terdapat dalam ruangan yang diliputi selaput janin. Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak bewarna. Namun begitu warnanya akan bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin. Disamping itu air ketuban juga tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing.Ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah peha jika terpecah.
Jumlah isipadu air ketuban ditentukan oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjag tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isipadu paling banyak ialah sewaktu minggu ke 34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml dan akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke 40.
Fungsi air ketuban ialah:
- Sebagai pelindung kepada janin
- Melindungi dan mencegah tali pusat daripada kering
- Sumber nutrien sementara kepada janin
- Membantu sistem pencernaan janin, sistem otot dan rangka, serta sistem penafasan janin agar berkembang dengan baik.
- membantu memberi ruang kepada janin untuk bergerak di dalam rahim
- menstabilkan suhu persekitaran janin
Oligohydramnios (kekurangan air ketuban)
Risikonya ialah:
- Janin kemungkinan akan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit
- Penyempitan ruang dalam rahim boleh menganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal
- kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan, masalah usus, perdarahan otak dan jangkitan darah
- Kematian sebelum dilahirkan
Polihidramnios (Air ketuban berlebihan)
Risikonya ialah:
- Kandungan namapak terlalu besar dan berat
- Kelahiran pramatang lebih tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku awal
- Risiko kelahiran janin secara caesarean adalah tinggi kerana kedudukan bayi tidak tetap
- Kedudukan janin tidak stabil
- Janin berkemungkinan mengalami kecacatan
- Kesukaran bernafas, berjalan dan sebagainya
Air ketuban pecah terlalu awal
Risikonya adalah:
- Terkena jangkitan kuman
- Kedudukan janin kekal tidak normal kerana kekurangan air ketuban atau ketiadaan air ketuban
- Mengalami meconium aspiration syndrome
Oleh itu, masalah air ketuban merupakan masalah yang tidak boleh dipandang ringan, Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai masalah air ketuban segeralah berjumpa doktor mendapat pengesahan dan menjalani rawatan susulan.
Berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya
melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan