Latest News

.

Nyanyuk lepas bersalin

Assalammualaikum...
Dah lama sebenarnya nak berkongsi cerita tentang hal PELUPA ni, tapi asyik bertangguh & lupa. (Eh sesuai la dengan tajuk ni kan?) hehehe...

Semalam, downline saya di Sabah, kak mashitoh PM saya
"intan, awat antaq 2x vitamin yg akk oder dl. akak oder vitalea n b com dulu tu. Intan ni kena makan omega ni."

Saya sendiri terlupa macammana saya boleh pos 2x vitamin yang sama pulak tu pada kak mashitoh. Kadang2, dalam masa 1 minit pun saya dah terlupa apa nak buat. Kena duduk tenangkan diri jap fikir balik dalam2 baru boleh ingat apa yang saya nak buat tu. Sebenarnya, sejak bersalin anak ke3 ni penyakit suka terlupa saya makin menjadi2 pulak!

Hari itu, saya ada terbaca post dari kawan2 lain di facebook, masalah yang sama juga diorang hadapi. Masalah terlupa ni kadang2 nampak melucukan tapi boleh bawa bahaya juga tau. Tambah kalau tengah masak, tiba2 bunyi fon. Pergi jawap fon dulu dan terus lupa nak tutup api. Atau lupa nak kunci kereta. Lupa nak kunci rumah. Semua benda asik dok lupa memanjang.

Apa kaitan penyakit terlupa ini dengan ibu yang baru lepas bersalin?

Masalah Kesihatan, Set Nyanyuk Shaklee, Set Shaklee,

 " Menurut DailyMail UK,  kajian telah mendapati faktor-faktor utama yang menyebabkan kegagalan memori selepas bersalin disebabkan oleh beberapa perkara termasuk perubahan hormon, keletihan, dan tekanan menjaga anak baru lahir. 

Perubahan hormon estrogen juga mempunyai pengaruh ke atas perkara ini. Di penghujung kehamilan, estrogen adalah sangat tinggi dan ia terus menurun sehingga hampir tiada selepas melahirkan anak. Estrogen bertindak sebagai neurotransmitter, menghantar isyarat dalam otak.

Satu lagi penyebab kenapa jadi adalah terlalu penat.
Para penyelidik menganggarkan bahawa seorang wanita boleh kehilangan sehingga 700 jam tidur, bersamaan dengan dua jam setiap malam, pada tahun pertama bersama bayi mereka.
Ibu menyusukan anak sememangnya akan kurang tidur, dan keletihan mempengaruhi sangat-sangat  keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara.

Keletihan ni seolah-olah pembunuh kepada ingatan.
Jika kurang tidur daya ingatan tentang peristiwa yang berlaku dalam sehari tidak boleh disatukan ke dalam ingatan jangka panjang."

Satu lagi penyebabnya bagi ibu yang menyusukan anak.. Sejenis hormon akan dihasilkan jika ibu menyusukan anak. Hormon ini membantu ibu-ibu berehat terutamanya semasa menyusukan anak. Pernah tak anda tertidur semasa breastfeeding? Hormon ini menggalakkan ibu relax dan kurang fokus"

Oh..saya pun baru tahu tentang ini.Sebab saya juga ibu yang menyusukan anak.Memang penat tambah2 saya buat bisnes online dari rumah.Setiap hari tidor lewat bangun awal.Memang banyak kerja kan.Nak urus rumah,urus anak2,urus bisnes .Nasib baik ada ambil vitamin shaklee,membantu sangat2 ibu yang sibuk macam saya ni.

Untuk elak masalah yang selalu lupa,saya memang amalkan 3 vitamin utama ini.Sebenarnya saya ambil 3 vitamin adalah untuk langsing lepas bersalin dan banyakkan susu badan.Omega tu bukan sahaja baik untuk saya,malah bagus untuk perkembangan otak anak saya yang menyusu badan.


Vitamin untuk kuatkan ingatan anda!

Masalah Kesihatan, Set Nyanyuk Shaklee, Set Shaklee,

Kenapa saya cadangkan 3 vitamin ini?

1. B-Complex Shaklee

* Membantu mengatasi tekanan
* Membantu kestabilan saraf & memperbaiki proses pemikiran
* Membantu pelepasan tenaga dlm makanan (menukarkan makanan kepada bentuk tenaga )
* Mengandungi semua 8 jenis Vitamin B penting dlm suatu rumusan seimbang

2. Lecithin Shaklee

* Membekal Kolina yang merupakan satu komponen neuron penghantar asetilkolina, yang terlibat di dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem-sistem saraf.
* Shaklee lecithin juga membekalkan lain-lain unsur kejadian semulajadi lesitin soya yang penting seperti asid lemak perlu, dan inositol yang memainkan peranan dalam  metabolisma sel.
* * Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.

3. Omega Guard Shaklee

* Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • Mencegah insomniaMengurangkan tekanan emosi 
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
  • Membantu memperbaiki masalah autism 
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
  • Mengurangkan masalah schizophrenia 
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Omegaguard ini juga boleh diambil oleh kanak2 yang berusia 1tahun ke atas.Apa khasiat omegaguard ini untuk anak kita?Meh nak share sikit
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Untuk Shaura & syaza,2 orang puteri comel saya ini,Omegaguard adalah vitamin pertama mereka selain mealshake.Cukup umur 1tahun terus saya beri makan omega.Sebelum ini dapat khasiat omega dari ibu saja.

" Set vitamin kuatkan ingatan " ini bukan saja sesuai untuk ibu2 yang asyik lupa saja,tapi suami pun boleh ambil sama.Kalau ada anak yang masih bersekolah rendah dan menengah atau di universiti,ini adalah supplement terbaik untuk mereka.

Nak tahu khasiat lebih lanjut tentang omegaguard, anda boleh klik sini.
Klik sini juga untuk ketahui fungsi lain tentang lecithin.


Jika anda ingin dapatkan set memori  ini,anda boleh hubungi saya melalui

Recent Post

recent