Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca.
Hari
ni bersempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, saya terpanggil untuk
berkongsi persoalan yang sering bermain di pemikiran para pengguna
product kesihatan Shaklee. Ramai di antara mereka menyatakan bahawa
semua distributor shaklee ini adalah pendokong kepada barang jenama
Amerika Syarikat yang terang-terangnya adalah sebuah syarikat milik
bukan Islam.
Dan
ini sebenarnya sesuatu yang sering Independent Distributor seperti kami
terpaksa berhadapan setiap kali ditanya oleh customer yang budiman.
SOALAN:
Antara soalan-soalan yang famous dan seringkali ditanya adalah seperti berikut:
1) Benarkah kami tidak mengikut sunnah kerana menggunakan dan menjual product Shaklee?
2)
Benarkah apabila kita menjual segala product Shaklee, ia seolah-olah
menunjukkan kita tidak menyokong ekonomi umat Islam/Bumiputera kerana
Product Shaklee merupakan syarikat luar negara yang beribu pejabat di
US?
3)
Adakah Sistem MLM Shaklee ini merupakan sistem piramid yang dijalankan
oleh kebanyakkan syarikat MLM yang ada di Malaysia yang mana
kebanyakkannya menindas ramai orang baru yang memulakan bisnes?
4)
Yang terakhir adalah, benarkah penjual-penjual shaklee ini di lihat
seperti tidak mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan
habbatussauda yang terang-terangnya banyak memberi manfaat kepada tubuh
badan manusia seperti yang telah disarankan oleh Rasulullah S.a.w?
JAWAPANNYA:
PERTAMA:
Terima
kasih kerana sudi menimbulkan persoalan-persoalan itu untuk kita
fikirkan bersama dan mencari jawapan yang terbaik bagi meleraikan segala
kekusutan yang berlaku.
KEDUA:
Dan
keduanya, saya bukanlah orang yang pakar dalam bab hukum agama. Tapi,
Insya Allah jawapan-jawapan yang akan saya kemukakan ini adalah
berdasarkan pendapat orang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas.
Dan saya bukanlah jurucakap rasmi yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia
ini. Jadi, jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut
pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Insya Allah.
Untuk
mengetahui jawapan yang dilengkapi oleh data yang tepat, anda boleh
menghubungi terus Shaklee Malaysia untuk mendapat jawapan yang lebih
pasti dari pihak syarikat.
KETIGA:
Bagi
saya, persoalan-persoalan tersebut bukanlah sesuatu yang pelik mahupun
baru dalam pemikiran masyarakat kita pada hari ini. Ini kerana,
kebanyakkan dari orang kita sendiri ramai yang suka berfikiran negatif
dan sentiasa mempunyai perasaan dan penyakit hasad dengki yang
kadang-kadang amat sukar untuk diubati.
Maka
tidak hairanlah sekiranya ini merupakan persoalan-persoalan yang keluar
dari kepala mereka. Saya tidak merasakan sungguh pelik kerana
kebanyakkan dari kita memang suka menjatuhkan orang lain. Malah lebih
buruk, mereka gembira melihat orang jatuh kerana mereka.
Jika anda tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu yang berjaya
mahupun yang baru bangkit, ada tak sesiapa yang cuba untuk menjatuhkan
perniagaan mereka? Ada tak yang hasad dengki dengan mereka sekiranya
mereka lebih maju dari empunya diri? Dan jika ada, siapakah
mereka-mereka itu? Dan anda janganlah terkejut atau buat-buat
terkejut kerana jawapan yang anda akan dapati adalah, MELAYU ITU SENDIRI yang
suka melihat orang jatuh. Jadi, janganlah kita menambah statistik dan
menjadi orang Melayu yang penuh hasad dengki dan prasangka di dalam
hati. Ok?
KEEMPAT:
Sepanjang
saya bergelar Independent Distributor ini, tidak lah pula saya mendapat
arahan untuk memberi konsultasi agar menghentikan semua penggunaan
makanan sunnah dan hanya menumpukan kepada penggunaan Product Shaklee
sahaja. Malah, ramai di antara kami sendiri yang masih mengamalkan
pemakanan sunnah pada setiap hari. Kami tidak pernah menolak apa yang
baik untuk tubuh badan kami sendiri.
Untuk
pengetahuan anda semua, ramai di kalangan pengedar Shaklee yang
sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka berkenaan resepi-resepi
yang boleh menggabungkan product Shaklee dengan makanan sunnah. Kalau
tak percaya, anda boleh pergi tanya pakcik gugel. Saya percaya
berderet-deret keluar pelbagai resepi rahsia yang menggabungkan
penggunaan keduanya itu. Hatta saya sendiri pun pernah mencamporkan ESP
Soy Protein saya dengan kurma yang diblendkan bersekali dengan susu bagi
mendapat faedah dan manfaat yang optimum. Dan tidak kurang juga,
ibu-ibu yang mencampurkan MealShake dengan madu dan kurma untuk
diberikan kepada anak-anak mereka dengan harapan anak tersebut menjadi
anak yang cemerlang dunia akhirat. Jadi, dimanakah penolakan makanan
sunnah seperti yang diperkatakan oleh ramai orang itu?
KELIMA:
Janganlah
mudah melatah. Adakah dengan menggunakan Product Shaklee dalam
kehidupan harian itu bermaksud kami telah MENOLAK makanan sunnah
mentah-mentah? Jika begitulah tanggapan anda, makan semua ubatan
kesihatan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di setiap klinik dan
hospital kerajaan seluruh Malaysia perlu dihentikan serta merta. Ini
kerana, ubatan kimia hospital adalah jauh lebih "haram" hukumnya untuk
digunakan oleh badan kita. Malah, ada di antara ubatan kimia tersebut
telah dicampurkan dengan bahan-bahan yang haram tapi masih "halal"
digunakan jika pesakit itu berada dalam keadaan darurat. Dan
sepertimana yang kita ketahui, ubatan tersebut semuanya mengandungi
bahan kimia yang jauh memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh jika
hendak dibandingkan supplement shaklee yang boleh diklasifikasikan juga
seperti makanan sunnah kerana ia berasal daripada sumber semulajadi
sepenuhnya.
Mungkin kita terlupa, Al-Quran sendiri telah menekankan kepada semua manusia untuk mengambil makanan yang halal lagi baik untuk tubuh. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya juga adalah harus dari segi syarak. Apatah lagi, Product Shaklee semuanya mendapat persijilan halal yang diiktiraf sendiri oleh JAKIM.
KEENAM:
Berkenaan
isu menyokong Amerika kerana menggunakan Product Shaklee tu sangat
membuatkan saya mahu tergelak sendiri. Kita terlupa barangkali yang hampir keseluruhan product di sekitar kita banyak menggunakan product keluaran Amerika dan sekutu-kutunya bermula
dari pakaian, makanan, ubatan klinik perhiasan rumah dan berbagai-bagai
lagi. Dan kita terlupa agaknya, berapa ramai penyumbang "wang hangus"
kepada syarikat-syarikat besar rokok kepunyaan Amerika pada setiap
hari.
Kita
perlu faham sebenarnya bahawa isu yang sebenar-benarnya adalah adakah
kita menyumbang kepada Amerika ini dalam menggunakan kuasa mereka untuk
memerangi Islam? Dan setahu saya, Shaklee langsung tidak tersenarai
sebagai syarikat yang menyumbangkan sebahagian dari pendapatan mereka
samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu Amerika dan
sekutunya untuk memusnahkan negara Islam.
Ni, ada tak yang kita tak guna? Dan ada tak yang bangkit menyuarakan pasal benda ni? Tak ada pun kan?? |
Ia tidak seperti Mc Donald yang kita pun tahu betapa rakyat Malaysia sangat suka makan dan melantak di restoran itu. Malah, Syarikat minuman coca-cola juga
ramai je orang Melayu yang suka untuk minumnya setiap hari. Padahal ia
secara jelas syarikat-syarikat ini merupakan penyumbang utama dana
mereka ke arah memerangi Islam. Jangan berlaku tidak adil terhadap
sesuatu yang memang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh
Umat Islam di hampir seluruh negara Islam yang sedang dalam keadaan
perang itu tidak pula sesiapa yang berani untuk bangun bersuara dan
membantah. Tapi, bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas ni, banyak
pula gosip-gosip liar yang keluar.
Sedih kan?
KETUJUH:
Janganlah
kita menyempitkan pemikiran kita dan menjadi sangat dangkal dalam kita
memahami sesuatu isu yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita
menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah sendiri pernah
bersabda, "Islam itu mudah dan jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya...".
Islam
tu simple je sebenarnya. Islam sangat mudah dan langsung tidak pernah
menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya.
Jadi, tidak perlu lah kita menyusahkan diri kita pula menyusahkan
sesuatu yang memang sudah dipermudahkan dalam agama.
oke?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ
“Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang
pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia
(mengembalikan dia kepada kemudahan).”
(HR Al-Bukhari no. 39)
JIHAD MENEGGAKKAN EKONOMI UMAT ISLAM
Jika anda merasakan, perlunya umat Islam bangkit dalam memajukan ekonomi mereka sendiri, maka ini adalah jalannya. Melakukan perniagaan adalah sumber rezki yang sangat luas Allah berikan kepada kita. Malah 9/10 dari sumber pendapatan adalah merupakan dari sumber perniagaan.
Shaklee telah menggariskan peraturan perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan sebenarnya kepada semua pengedar yang berdaftar. Hanya dengan modal permulaan serendah RM75 (dengan postage) sahaja, anda sudah boleh memulakan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Malah, anda juga tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Dan yang paling utama, business ini merupakan business product kesihatan yang banyak manusia memerlukannya. Ia merupakan suatu perniagaan jangka masa panjang kerana product ini sentiasa mempunyai permintaan.
Simple
analogi, selagi ada manusia, selagi itu wujud permintaan, dan selama
itu lah perniagaan itu masih berjalan. Saya juga berpendapat bahawa
setakat ini, negara kita masih belum lagi mempunyai syarikat product
kesihatan yang dijalankan sepenuhnya oleh Kaum Bumiputera Islam yang
dapat menyaingi product Shaklee dari segi keberkesanannya. Malah,
product Shaklee juga telah menjalani ujian klinikal yang telah diuji
beratus kali dan bertahun-tahun lamanya. Dan yang paling best, product
ini menggunakan sumber semulajadi sepenuhnya yang langsung tidak memberi
bahaya kepada tubuh badan manusia, Insya Allah.
Namun,
sekiranya cikpuan mempunyai pengetahuan berkenaan product kesihatan
yang bagus yang dikeluarkan oleh Bumiputera Islam, cikpuan boleh
memaklumkan kepada saya. Kerana saya juga berminat untuk mengetahuinya
secara lebih lanjut.
Kita
dituntut untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Dan kita dituntut untuk
menegakkan ekonomi umat Islam agar kita tidak ditindas dan
dipijak-pijak oleh orang lain.
Dan
sekiranya, apa yang kita dapati melalui perniagaan shaklee ini
merupakan jalan yang baik untuk menaikkan ekonomi kita dan umat Islam,
kenapa tidak kita melakukannya?
Janganlah
dipandang lekeh hanya kerana ia product Amerika. Sedangkan nabi dulu
pun menjalankan urusniaga dengan orang yahudi juga selagi yahudi itu
tidak memerangi Islam.
Nabi
Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan
dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya
: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan
pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" (
Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama
بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ
Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-
واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر
Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir. ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )
Ini
adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda
yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli
dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad
dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh
dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan
keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.
Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang
menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna
Shaklee.
Sekian.
Wallahhualam.
Wassalam.
Credit.
Berminat untuk dapatkan produk shaklee dari saya?
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan