Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu
pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan
seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara
secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau
pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan
penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin.
Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin
pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of
Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha
anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang
berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif
kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di
dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi
mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan
susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya
berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu
dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih
banyak susu ibu perlu dihasilkan.
# Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan
amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya
kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang
akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah
puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks
pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja
iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal
ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada
hari pertama berpuasa.
Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda
perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya
secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan
sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa.
Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu
ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih
banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
# Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah,
letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan
ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak
menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan
bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam
mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh
mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya
ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat
rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Credit : Majalah PAMA
Supplement yang di cadangkan untuk ibu menyusu ketika bulan puasa.
Bagaimana SET BERPUASA ini membantu ibu menyusu berpuasa sepanjang hari?Tanpa rasa risau Susu akan drop?
✿ ESP ✿ –
Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein
tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama
kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama
berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik
juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta
menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi
AidilFitri nanti?
✿ Performance Drink ✿ – Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!
Untuk maklumat lanjut tentang vitamin ibu menyusu semasa berpuasa anda boleh klik link ini
Set berpuasa ibu menyusu Dan juga testimoni menarik.

Berminat untuk dapatkan produk shaklee ini?Anda boleh hubungi saya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan