Latest News

.

12 Aktiviti Membakar Kalori Untuk Ibu Menyusu

Boleh ke kurangkan berat badan tanpa ke gym selepas bersalin?
Saya tiada peralatan senaman di rumah, boleh kurangkan berat badan?
Bayi masih kecil, tak boleh bergerak bebas sangat, masih boleh kurangkan berat?
- See more at: http://my.theasianparent.com/kurangkan-berat-badan-tanpa-ke-gym/#sthash.ISeB3z1e.dpuf
Aktiviti Membakar Kalori Untuk Ibu Menyusu

Berat badan selepas melahirkan seringkali menjadi topik perbincangan ibu-ibu baru atau lama. Tidak kurang yang mencadangkan untuk ke gym dan mendapatkan nasihat pakar juga ramai yang mengambil supplemen untuk cepat kurus..Kali ini,ingin saya kongsikan tip-tip mengurangkan berat badan selepas bersalin dengan hanya melakukan aktiviti yang mampu membakar kalori anda!

Sebelum itu,tahukah anda apakah itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Persoalan yang sering bermain difikiran ibu2 lepas bersalin ialah..

Boleh ke kurangkan berat badan tanpa ke gym selepas bersalin?
Saya tiada peralatan senaman di rumah, boleh kurangkan berat badan?
Bayi masih kecil, tak boleh bergerak bebas sangat, masih boleh kurangkan berat?
Selamatkah dengan pengambilan supplement untuk kurus sedangkan saya masih menyusukan anak?
Saya tiada masa untuk bersenam,terlalu banyak kerja rumah...

Tahukah anda wahai ibu2 menyusu?

Tidak perlu peralatan senaman canggih dan ada masanya tidak perlu tinggalkan rumah pun. Lebih-lebih lagi, ibu-ibu hanya dibenarkan untuk melakukan senaman yang lebih serius 6 minggu selepas bersalin, dan lebih lagi bagi yang melahirkan melalui C-section. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kerja rumah seperti biasa dan layan bayi anda sebaiknya. Tidak ada senaman yang lebih efektif untuk menurunkan berat badan selain melakukan kerja-kerja rumah.

12 Aktiviti Membakar Kalori Untuk Ibu Menyusu

1. Bangun dan bergerak

Berjalan sebenarnya merupakan senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Berjalanlah sambil menolak bayi anda dalam stroller di sekitar kawasan perumahan atau di taman-taman. Jika anda menolak stroller sejauh 1.5 – 3.5km dalam masa 30 minit, anda membakar 150 kcal. Jumlah sama dibakar jika anda bergerak turun naik tangga rumah anda selama 15 minit. Turun naik tangga juga merupakan satu senaman kardiovaskular, sama seperti anda menggunakan stepper di gym. 30 minit turun naik tangga membakar 285 – 300 kcal, sama seperti 19.5 minit anda melakukan lompat tali.

2. Susukan bayi anda

Menyusukan bayi sebenarnya memerlukan 500 kalori sehari, tetapi memandangkan penyusuan bayi membakar sejumlah 600 hingga 800 kalori sehari, walaupun anda hanya duduk dengan selesa sambil menyusukan, anda masih boleh mengurangkan berat badan. Sesetengah wanita berjaya menghilangkan berat badan tambahan hanya dengan menyusukan bayi.
Seperkara yang perlu diingatkan, sekiranya tidak lagi menyusukan atau bayi mula mengambil makanan tambahan, keperluan kalori semasa menyusu akan menurun dan ini perlu distabilkan dengan perancangan pengambilan makanan dan rutin senaman lain.

3. Mengurus rumah
Mengemas dan membersihkan bukan sahaja dapat membantu menguruskan rumah tetapi juga menawarkan kepuasan mental. Berikut adalah beberapa kerja rumah dan jumlah kalori yang mampu dibakar dalam masa 30 minit yang telah dibuktikan:

4. Mencuci pinggan
Jika anda mencuci pinggan dengan tangan, anda membakar 160 kcal, berbanding 105 kcal mengisi mesin mencuci pinggan. Jumlah ini sama seperti melakukan regangan ringan selama 30 minit.

5. Membersih tingkap
Bergantung kepada keluasan tingkap dan jenis tingkap, anda dapat membakar 125 kcal setiap sesi. Jika anda menggunakan baldi, letakkannya jauh sedikit daripada anda supaya anda perlu berjalan mendapatkannya. Jumlah ini sama seperti anda melakukan 20 minit power yoga.

6. Membersih habuk sekitar rumah
Anda dapat membakar sejumlah 50 kcal, sama seperti melakukan 10 minit tarian salsa. Aktiviti ini bermanfaat sama seperti anda melakukan regangan otot-otot terutama jika anda perlu mencapai tempat tinggi.

7. Menggosok baju
Aktiviti ini dapat membentuk otot pada bahagian tangan dan bahagian atas badan. Anda membakar 70 kcal, sama seperti anda lakukan 11 minit aerobik. Pastikan anda berdiri tegak dan cuba untuk sentiasa bertukar tangan.

8. Memasak
Aktiviti ketika memasak seperti memotong bahan, membasuh dan mengangkat pinggan mangkuk dapat membakar kalori sebanyak 80 kcal, sama seperti anda bermain tenis selama 9 minit.

9. Mengemas barang-barang dapur
Mengemas barang-barang dapur yang baru dibeli atau yang sedia ada dapat membakar sejumlah 110 kcal. Ini sama seperti anda bermain badminton selama 18 minit.

10. Mengemas katil
Menukar alas tilam dan sarung bantal juga memerlukan tenaga dan mampu membakar sejumlah 130 kcal, sama seperti anda berlari-lari anak selama 12-15 minit.

11. Menghias rumah
Jika anda merasakan perlu, menghias rumah seperti mengganti langsir dapat membakar sejumlah 160 kcal, sama seperti anda berjalan selama 25 minit.

12. Mop lantai, menyental lantai dan memvakum
Aktiviti mop lantai dan menyental lantai, masing-masing dapat membakar sejumlah 132 kcal dan 163 kcal. Memvakum pula dapat membakar sejumlah 90-150 kcal, sama seperti anda melakukan 15 minit kick-boxing. Namun aktiviti-aktiviti ini mungkin agak berat bagi ibu-ibu selepas bersalin.

BAHAYA LANGSING DENGAN CEPAT

Anda tidak perlu bersenam dan berdiet berlebihan. Tubuh badan anda mungkin terkejut dengan perubahan drastik itu semata-mata anda ingin cepat kurus dan langsing. Seharusnya anda tahu bahawa penurunan berat badan yang drastik adalah terlalu bahaya untuk kesihatan anda. Apalah sangat dengan ramping dan kurus sekiranya anda ditimpa pelbagai bahana selepas itu.
Disini saya ingin kongsikan bersama anda antara kesan-kesan daripada penurunan berat badan secara mendadak.
  • Kulit berkedut dan menggeleber
  • Berat badan juga boleh naik mendadak jika anda menghentikan program senaman dan diet anda.
  • Muka pucat
  • Keletihan
  • Selalu sakit
  • Pening kepala
  

Pengambilan supplement? 

Bagi ibu yang menyusukan anak,anda perlu lebih berhati2 jika hendak mengambil sebarang ubat kurus.Ini kerana anda seorang ibu yang menyusukan anak.Sebaik-baiknya anda perlu mengambil supplement yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan tanpa mengganggu perjalanan penyusuan anda bersama bayi..

Tahukah anda?
Slimming Set Shaklee SELAMAT diambil oleh semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan sampingan kepada penyusuan mahupun bayi itu sendiri.

Bagi yang berminat mencuba set slimming, ini adalah antara suppliment yang membantu mengurangkan berat badan di kalangan ibu-ibu menyusu :

• Lecithin - untuk memecahkan lemak
• Alfalfa - untuk detoks / buang lemak yang dipecahkan
• Energizing Soy Protein (ESP) - menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas 
Set Shaklee, Set Berat Sihat, Set Slimming Shaklee,


Jom tgok testimoni  pengguna shaklee yang mengamalkan set slimming shaklee ini...

Set Shaklee, Set Berat Sihat, Set Slimming Shaklee,
  •  Rumusan:
  •  berat badan turun 2kg dlm masa 3minggu
  •  Susu badan pun makin bertambah sebab ada 2milkboster iaitu esp & alfalfa
Set Shaklee, Set Berat Sihat, Set Slimming Shaklee,
Rumusan:
  • turun 1.5kg dlm masa 3bulan...
  • badan rasa lbh ringan, lebih sihat
  • susu lebih pekat
  • mengatasi masalah keputihan
  • melancarkan pembuangan air besar

Ha..untungkan ambik set slimming shaklee ni....bukan takat kurus jer...susu untuk anak pun bertambah2..alhamdulilah...yang nak cuba tu meh oder sekarang..

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak ini anda boleh hubungi saya melalui:

Recent Post

recent