Latest News

.

Makanan Yang Perlu Dihindari Ketika Hamil




Makanan Yang Perlu Dihindari Ketika Hamil

Berita kehamilan sememangnya membawa seribu erti bukan sahaja kepada isteri malah pada suami dan keluarga. Sudah tentu pelbagai nasihat dan panduan akan diberikan bagi memelihara bayi di dalam kandungan. Terutamanya tentang makanan yang memainkan peranan penting ketika hamil dan bayi yang dikandung agar mencukupi nutrisi dan berada dalam keadaan sihat.

Dalam menentukan makanan yang perlu diambil , sudah pasti pelbagai persoalan yang bermain di fikiran tentang makanan yang boleh dimakan, dikurangkan atau tidak boleh dimakan ketika hamil kerana bimbang berisiko pada kandungan yang boleh menyebabkan jangkitan seperti Salmonella, Toksoplasmosis,Listeria dan E-coli. Berikut merupakan makanan yang perlu dihidari ketika hamil:

Daging mentah
  • Ibu hamil perlu elakkan daripada mengambil daging mentah atau daging yang tidak dimasak dengan sempurna. Hal ini kerana ia akan terdedah dengan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, Toxoplasmosis, dan Salmonella.Oleh otu anda tidak digalakkan mengambil makanan jepun seperti sushi.
Keju lembut
  • Ibu hamil perlu elakkan pengambilan keju lembut atau lebih dikenali dengan “Blue Cheese” kerana mempunyai sejenis kulat yang ditemui di dalam keju seperti Brie atau keju Camembert. Keju jenis ini tidak di pasturekan.
 Alkohol
  • Pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan menyebabkan masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepat melalui plansenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama.Selain itu juga alkohol juga akan memusnahkan kandungan asid folic yang diperlukan untuk perkembangan bayi.
Gula
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan risiko penyakit kencing manis dan menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi besar daripada saiz yang sepatutnya. Hal ini akan menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin kelak.
Produk ikan tertentu
  • Ikan yang bemerkuri tinggi seperti ikan yu, ikan todak, dan Mackerel perlu dielakkan. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
Makanan berempah dan berasid
  • Makanan berempah dan berasid perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan masalah angin.
Makanan yang diproses
  • Makanan yang di proses seperti hotdog dan nutget kemungkinan mengandungi nitrate. Nitrate yang tinggi tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu ibu hamil perlulah mengurangkan pengambilannya.
Elakkan minuman kafein
  • Minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi perlu dihidari atau dikurangkan kerana ia akan menyebabkan berat badan bayi rendah, keguguran, dan mengurangkan penyerapan zat besi.
Oleh itu setiap ibu yang hamil perlulah menitikberatkan tentang makanan yang diambil. Hal ini kerana perkembangan bayi bergantung kepada apa yang anda makan sepanjang tempoh kehamilan anda.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya melalui:

    Recent Post

    recent