Latest News

.

Diabetes semasa Kehamilan (Diabetes Melitus Gestational)

Diabetes semasa Kehamilan (Diabetes Melitus Gestational)

Diabetes Melitus Gestational adalah keadaan serius yang berlaku pada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes. Diabetes kehamilan akan menyebabkan kadar gula darah menjadi tinggi yang dapat menimbulkan masalah dan mengancam kesihatan bayi yang belum dilahirkan. Bagi memastikan kehamilan yang sihat bagi ibu dan anaknya ibu mestilah menjaga kadar gula yang normal sepanjang tempoh kehamilanya. Pada kebiasaanya  diabetes ini akan hilang setelah ibu melahirkan.

Ciri-ciri wanita yang mempunyai potensi untuk menghidap penyakit diabetis waktu hamil ialah:

  • Mempunyai ahli keluarga terdekat menghidap penyakit kencing manis.
  • Wanita yang kerap mengalami keguguran
  • Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar.
  • Wanita yang pernah mengalami masalah semasa  bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja dilahirkan.
  • Wanita yang terlalu gemuk  atau obesiti iaitu melebihi had BMI
  • Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.
 

Simptom-simptom kencing manis waktu hamil adalah seperti berikut:

  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kualiti yang banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab
  • Penglihatan kabur
 

Kesan Diabetes dalam kehamilan adalah seperti berikut:

  Ibu
  • Risiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi atau lebihan protein dalam air kencing
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan  pada luka bersalin dan luka bersalin lambat sembuh
Bayi
  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlau besar menyebabkan ibu sukar untuk menjalani proses kelahiran bayi tersebut
  • Bayi yang dilahirkan kemungkinan mengalami kecacatan
  • Bayi berisiko untuk hipogli
  • Sakit kuning (Juandice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Kelahiran bayi pra matang
  • Gula dalam darah rendah selepas dilahirkan
  • Bayi mudah mendapat obesiti dan kencing manis semasa mereka dewasa nanti

Cara merawat kencing manis ketika hamil adalah seperti berikut:

  • Sentiasa memastikan paras glokosa dalam darah anda sentiasa berada dalam keadaan normal (perlu memantau secara idea 4 hingga 6 kali sehari)
  • Mengubah tabiat pemakanan anda. (Kebiasaanya doktor akan biasanya akan menasihati anda untuk mengikut pelan pemakanan yang sesuai untuk penghidap kencing manis waktu hamil)
  • Meningkat aktiviti fizikal supaya para glokosa dalam darah yang tinggi dapat dikurangkan
  • mengamalkan tabiat suka bersenam di dalam kehidupan harian

Pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah seperti berikut:

  • Mengambil karbohidrat kompleks(bijirin,kekacang,peas,sayur-sayuran dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan,sayur-sayuran,legum roti gandum tulen dll)
  • Memantikan diet yang rendah lemak terutama lemak temu(mentega,daging berlemak,krim dll)
  • Elakkan makanan bergoreng
  • Elakkan makanan bergula yang tinggi kandungan gulanya(ais krim & kek)
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:



Recent Post

recent