Artritis bermaksud radang sendi iaitu sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan kepada sendi, tisu mengelilingi sendi dan tisu perantara lain. Penyakit ini juga boleh melibatkan kerosakan tulang rawan. Rawan yang melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Ia menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti bila berjalan. Sekiranya jumlah rawan tidak mencukupi tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.
Penyakit Artritis terbahagi kepada dua iaitu:
Osteoartritis (OA) -
Terasa sakit dibahagian sendi setelah penggunaan sendi tersebut. Sendi akan menjadi rengang, terutama pada pagi. Pesakit mungkin sukar mengunakannya dan rasa kehilangan fleksibiliti. Ketulan keras atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin bengkak. Biasanya sendi yang mungkin terlibat adalah dibahagian pinggang, tangan, lutut dan tulang belakang.
Rheumatoid arthiritis (RA) -
Pesakit sering mendapati sendi yang sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal. Jari, tangan, kaki, dan pergelangan tangan adalah paling biasa terjejas. Gejala paling teruk berlaku adalah pada waktu pagi setelah bangun tidur dan kesakitan boleh berlangsung selama 30 minit. Tangan boleh merah dan bengkak. Nodul rheumatoid (lebam tisu dibawah kulit lengan pesakit). Pesakit dengan artritis reumatoid akan berasa letih dan berlaku penurunan berat badan. Pesakit ini biasanya akan mempunyai masalah dengan beberapa sendi yang sama.
Gejala Artritis adalah seperti berikut:
- Sakit sendi.
- Sendi bengkak.
- Keupayaan sendi bergerak semakin kurang.
- Merah pada kulit dan sekeliling sendi.
- Ketegangan terutama di waktu pagi.
- Hangat sekeliling sendi.
Punca Artritis:
- Penyakit autoimun.
- Kecederaan – Patah tulang.
- Sendi haus dan lusuh.
- Keabnormalan metabolisme seperti gout.
- Faktor keturunan.
- Jangkitan bakteria dan virus.
Penjagaan kendiri:
- Jika anda mempunyai masalah obesiti – anda perlulah kurangkan berat badan anda.
- Jadikan badan anda n mudah bergerak. Anda perlu bersenam setiap hari untuk meningkatkan keanjalan otot.
- Dapatkan rehat secukupnya.
- amalkan mandian dengan menggunakan air suam pada waktu pagi kerana haba memberi kelegaan dan merehatkan otot-otot.
- Alat bantuan fizikal boleh digunakan tetapi bergantung kepada kesakitan yang dialami serta mendapatkan nasihat daripada perunding kesihatan.
Anda perlu elakkan:
- Menengangkan sendi-sendi yang terlibat.
- Mengangkat objek atau barangan.
- Berada pada satu posisi yang sama dalam jangka waktu yang sama.
- Membiarkan sakit pada bahagian sendi terlalu lama.