Pengambilan sarapan pagi merupakan salah satu daripada rahsia penting dalam mengekalkan kesihatan . Namun begitu kita sering kali mengabaikannya. Selain itu kita juga perlu tahu pengambilan sarapan pagi banyak manfaatnya. Antara manfaat Sarapan pagi adalah seperti berikut:
- Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian di sebelah pagi. kita boleh mendapat sumber tenaga ini daripada pengambilan sarapan pagi. Sekirannya kita mengambil sarapan pagi tubuh badan kita tidak cepat letih.
Menyegarkan Otak
- Pengambilan sarapan pagi akan membantu kita menyegarkan otak. Selain itu juga ia membantu kita berfikir dengan cerdas. Hal ini kerana otak mendapat nutrisi daripada pengambilan sarapan tersebut.
Membantu Menstabilkan Gula dalam Darah
- Makan pagi secepat mungkin setelah bangun dari tidur dapat membantu menstabilkan gula dalam darah. Hal ini kerana anda tidak makan selama anda tidur, makan gula dalam darah menurun sehingga anda bangun dari tidur dan mengambil sarapan pagi.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
- Orang yang bersarapan pagi memiliki kadar kolestrol yang rendah berbanding mereka yang tidak bersarapan pagi. Oleh itu sekiranya kita memiliki kadar kolestrol yang rendah kita boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
Manfaat sarapan pagi memang tidak perlu diragukan lagi kerana terbukti mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan individu. Oleh itu kita mestilah bersarapan pagi setiap hari.